skip to Main Content

CHECKLIST AKHIR PERSIAPAN MENGEMAS MENJELANG RAYA

 

 

 

Lebih kurang beberapa hari menjelang raya ni, rasa-rasanya sempat ke kita nak mengemas dan mencuci rumah ni? Impiana kongsikan tip persiapan akhir dalam mengemas rumah menjelang raya yang hampir tiba.

1. Buang semua bunga-bunga lama terutama bunga plastik atau bunga telur . Selalunya bunga yang sudah lama, bukan sahaja berhabuk malah warnannya juga sudah pudar. Malah mencacatkan tata hias kediaman anda. Pilihlah bunga segar dihari istimewa ini.

2. Jangan beli bunga asli terlalu awal. Seelok-eloknya belilah pada malam raya.Jangan lupa masukkan gula agar bunga tahan lama.

3. Panik bunga masih kudup di pagi raya sebelum menyambut tetamu? Jangan risau! Bawa bunga tersebut keluar rumah dan jemurkan pada matahari. Dalam beberapa minit ia akan terbuka kelopaknya.

4. Rumah kecil pasti banyak cerminkan. Bertujuan untuk member ilusi ruang lebih luas. Tapi bagaimana kalau cermin mukanya comot dan banyak kesan. Malukan. Ambil kertas surat khabar lama dan kesat pada cermin setelah direnjis dengan pencuci cermin. Jika mahu berjimat , guna aja teh kelat dan renjiskan pada cermin muka di ruang tamu anda.

5. Anak-anak saudara lekatkan gula-gula getah di sofa? Bertenang! Ambil air batu dan sapukan pada gula gula getah tersebut sehingga ia keras dan kemudian boleh menggunakan lidi untuk membersihkan sisa gula-gula getah yang tertinggal.

6. Kusyen kecil adakala sarungnya berbulu selepas di cuci. Hendak dibuang sayang. Jadi anda perlu berhati-hati mencukur bulu pada fabrik tersebut.

7. Jangan membazir kusyen kecil yang ada. Jika tahun lalu sarungnya polos, tahun ini tampal saja dengan batu swarofski yang ada di pasaran. Hanya dengan lekatkan pada sarung bantal. Anda juga boleh membuat teknik DIY dengan menghias sarung kusyen kecil anda dengan pelbagai hiasan berdasarkan tema tahun tersebut.

8. Susun kembali tata letak perabot jika perlu. Ruang tengah dibiarkan kosong jika anda menerima tetamu yang ramai terutama anak-anak sadara. Beri ruang khas untuk yang bertamu berkumpul di bahagian tengah terutama jika anda mempunyai ruang family.

9. Pasang penyegar udara jika perlu bagi memastikan segala bau masakan tidak melekat pada ruang. Penyegar udara juga membolehkan suasana lebih selesa dan tenteram terutama jika kita mempunyai orang tua atau warga emas yang tinggal dengan kita.

10.Ornamen atau hiasan kecil yang boleh bahaya pada kanak-kanak sila simpan dahulu. Kita jadikan ruang kediaman bebas daripada racun atau pun bahan yang boleh membuat kanak-kanak tercekik.

11. Kepada yang mempunyai binatang perliharaan, sediakan kawasan khas untuk menyimpan mereka semasa tetamu berkunjung. Pastikan najis dan lain-lain diurus dengan baik  agar tidak ada  bau kurang menyenangkan di kalangan tetamu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *